Thursday, May 19, 2016

D'Ammar Katering Terima Tempahan Kecil dan Besar

Di Sekolah Permatang To' Kandu, Permatang Pauh



D’Ammar Katering yang bermula secara kecil-kecilan dengan menyediakan makanan bungkus untuk pekerja industri dan jamuan-jamuan kecil. 

Kini D’Ammar Katering mula dikenali menyediakan sajian untuk jamuan majlis-majlis perkahwinan. Namun begitu D’Ammar Katering juga terus menerima tempahan untuk menyediakan jamuan-jamuan kecil biasa.

 Menurut Pemiliknya Chef Is Isham atau lebih mesra dengan panggilan Chef Sham, baru-baru ini D’Ammar telah menerima dan memenuhi tempahan beberapa buah sekolah di sekitar sebelah sini.
  

Packing untuk di hantar ke sekolah tempahan sempena hari guru

“Kami memenuhi tempahan dari empat lima sekolah untuk jamuan sempena hari guru”
 
“Kami tidak kisah dan memilih majlis kecil atau besar. Namun bagi majlis-majlis besar kami telah menghadkan hanya menerima dua tempahan untuk satu hari. Ini bagi mempastikan kualiti makanan dan servis yang diberikan memuaskan hati pelanggan.”
 
Chef Sham seterusnya memberitahu, baru-baru ini beliau telah membuka tempahan majlis kenduri perkahwinan untuk bulan Oktober hingga Disember dan sambutan yang diterima amat mengalakkan.
 
“Bermula lepas Raya hingga Disember hampir penuh. Jadi kalau ada sesiapa yang ingin sentuhan D’Ammar Katering boleh menghubungi saya di talian 013-4100 040 untuk mengisi slot yang masih ada tapi memang tidak banyak” ujarnya.
 



Thursday, May 12, 2016

Chik Pakman Telo Pilih D’Ammar Uruskan Sajian


YB Datuk Shabudin Yahya Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan Pengerusi Perda turut hadir


BUTTERWORTH : 1 Mei adalah hari cuti umum yang dikenali sebagai Hari Pekerja. Rata-rata kakitangan awam dan pekerja swasta menikmati cuti umum ini. 1hb. Mei yang baru lepas D’Ammar Katering telah mendapat kepercayaan menguruskan sajian dari seorang pelawak dan pelakon terkenal di Pulau Pinang Chik Pakman Telo yang melansungkan perkahwinan anak lelaki dan anak perempuannya serentak di Dewan Taman Robina, Pantai Teluk Air Tawar, Butterworth.

Banner & Pengantin diarak dengan paluan gendang silat


Chik Pakman Telo mengadakan majlis resepsi untuk anaknya  Nur Hasnieza dgn Mohamad Riza dan  Mohamad Azzrian dengan Nureleena. Majlis yang diadakah di dewan tersebut yang terletak di tepi pantai amat menarik sekali.

Chik Pakman Telo, Najib Hanif, Omara dan kembar Chik

Pengarah Filem/Drama Majid Saleh dan Isteri turun menyumbangkan lagu
Di samping itu tokoh-tokoh politik tempatan juga kelihatan datang merai majlis tersebut, di antaranya Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang juga Pengerusi Perda Datuk Shabudin Yahya, ADUN Bertam Shariful Azhar Othman, bekas Ahli Exco Kerajaan Negeri dan bekas Ketua Pembangkang DUN Datuk Azhar Ibrahim, bekas ADUN Sungai Dua Datuk Jasmin dan yang lain-lain.

DJYY mengetuai persembahan New Era Busker menghiburkan tetamu

Rocky Din turut memeriahkan majlis

Majlis resepsi itu dimeriahkan dengan persembahan  kumpulan New Era Buskers yang diketuai oleh DJ Radio Mutiara terkenal di Pulau Pinang, DJYY yang mana anggotanya terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Persembahan yang  amat menghiburkan para jemputan.

Tetamu sedang menjamu selera

Tinjauan yang dibuat secara rambang mendapati ramai berpuashati dengan jamuan yang disediakan oleh D’Ammar Katering.

Saturday, May 7, 2016

D'Ammar Katering Akan Beri servis Terbaik

Kalau kita  ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita.
Majlis Kendalian D'Ammar di Labu Besar, Kedah


Janji Allah dalam surah An Nuur : 26
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)".

Jika dah bertemu jodoh dan dapat pasangan yang baik dan ingin mengadakan Majlis Perkhawinan buatlah tempahan kepada D’Ammar Katering. Hubungi Sham 013-4100 040.

Tempahan untuk bulan Oktober, November dan Disember 2016 sudah di buka, tempah sekarang!


Tuesday, February 16, 2016

D'Ammar Katering Utamakan Kualiti


D'Ammar Katering memulakan perniagaan dengan menjual makanan dan mengambil katering kecil. Titik permulaan D'Ammar Katering menjalankan perniagaan ketering setelah mendapat tender membekal makanan kepada pekerja  di APM , Inokom, Padang Meha  seramai 250 orang dan 100 orang di  Johnson Control juga di Padang Meha.

Sebelum menjalankan perniagaan katering ini pengurus yang juga pemilik D'Ammar Katering Isham Haris Ahmad, 31, telah menimba ilmu pengurusan hotel di Sekolah  Vokasional dan di teruskan dengan Kojej Komuniti. Kemudian menimba pengalaman di pelbagai tempat sebagai chef seperti Hotel Berjaya, Penang, Penang Mutiara Hotel, Hospital Pakar Metro, Sungai Petani, KPJ di Bandar Perda malah beberapa syarikat lain.


Majlis yang di kelolakan oleh D'Ammar Katering

Majlis yang di kelolakan oleh D'Ammar Katering


SET PENGANTIN BERTARAF HOTEL

ISHAM HARIS AHMAD PERNAH BELAJAR DI BIDANG PERHOTELAN DAN PERNAH BEKERJA DI SEKTOR PERHOTELAN DAN BELIAU TELAH MENGGUNAKAN SEGALA PENGALAMAN UNTUK MEREKA SET MAKANAN PENGANTIN YANG MENARIK 


Jamuan Pengantin dengan Pramusaji beruniform




PENCUCI MULUT JAMUAN PENGANTIN DENGAN  PELBAGAI 
REKAAN AKAN  DIBUAT DARI MASA KE SEMASA.




PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN BERSAMA PRAMUSAJI




D'AMMAR KATERING JUGA MENERIMA TEMPAHAN UNTUK
 JAMUAN-JAMUAN KECIL ATAU HI-TEA DAN SEBAGAINYA





D'AMMAR JUGA MENERIMA TEMPAHAN UNTUK NASI BUDGET MINIMA 30 PAX








VIDEO TESTIMONI PELANGGAN






VEDIO PROMOSI


JIKA ANDA TINGGAL DI SEKITAR SEBERANG PERAI, BAHAGIAN PULAU DI PULAU PINANG, SUNGAI PETANI, GURUN, MAHANG, SELAMA, PARIT BUNTAR, BALING, KUALA KETIL, KULIM DAN PADANG SERAI INGIN MENGADAKAN
 MAJLIS KENDURI PERKAHWINAN, MAJLIS-MAJLIS TAHLIL, HARIJADI DAN 
HI-TEA BOLEH HUBUNGI 013-4100040 (SYAM) UNTUK DAPAT SENTUHAN 
D'AMMAR KATERING. KAMI SEDIA TERIMA SEBARANG 
TEMPAHAN KECIL ATAU BESAR

KALAU NAK TENGOK PAKEJ YANG KAMI SEDIAKAN KLIK PAKEJ DI ATAS.