MENGENAI KAMI

MENGENAI KAMI

Isham Haris Bin Ahmad,  31, adalah Pemilik dan Pengurus dan merangkap Chef D’Ammar Katering.  Beliau mempelajari ilmu-ilmu pengurusan hotel di sekolah vokasional dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti.

Bermodalkan ilmu yang ditimba dari Sekolah Vokasional dan Kolej Komuniti untuk  bekerja di sektor perhotelan sebagai Chef. Beliau pernah bekerja di hotel  Berjaya Pulau Pinang  dan Hotel Mutiara Pulau Pinang. Beliau juga pernah bekerja di Hospital Pakar Metro Sungai Petani, KPJ Bandar Perda,  Kedah Medical Centre dan sebagainya sebagai Chef.

Setelah puas mencari pengalaman beliau memberanikan diri membuka perniagaan menjual makanan di Pekan Padang Serai disamping mengambil tempahan-tempahan untuk majlis yang kecil. Kemudiannya beliau mendapat kepercayaan untuk membekalkan makanan kepada 250 orang  pekerja kilang  di APM, Inokom, Padang Meha dan 100 orang untuk kilang Johnson Control juga di Panag Meha.

Bermula dari sini beliau mula mengorak langkah mempromosi dan mengambil  katering yang lebih besar. Sehingga kini sambutan  yang diterima amat mengalakkan dan beliau mampu untuk menyediakan jamuan untuk tiga majlis dalam satu hari.

Disamping mengambil tempahan-tempahan katering majlis perkahwinan beliau tetap menerima tempahan untuk majlis-majlis yang lebih kecil seperti kenduri  arwah, majlis harijadi dan Hi-Tea dan sebagainya.



JIKA ANDA TINGGAL DI SEKITAR SEBERANG PERAI, BAHAGIAN PULAU DI PULAU PINANG, SUNGAI PETANI, GURUN, BALING, KUALA KETIL, KULIM DAN PADANG SERAI, MAHANG, SELAMA, PARIT BUNTAR  DAN INGIN MENDAPAT SENTUHAN D’AMMAR KATERING HUBUNGI KAMI  DI TALIAN 013-4100040 (SYAM)

No comments:

Post a Comment