![]() |
Di Sekolah Permatang To' Kandu, Permatang Pauh |
D’Ammar Katering yang bermula secara kecil-kecilan dengan menyediakan makanan bungkus untuk pekerja industri dan jamuan-jamuan kecil.
Kini D’Ammar Katering mula dikenali menyediakan sajian untuk jamuan majlis-majlis perkahwinan. Namun begitu D’Ammar Katering juga terus menerima tempahan untuk menyediakan jamuan-jamuan kecil biasa.
Menurut Pemiliknya Chef Is Isham atau lebih mesra dengan
panggilan Chef Sham, baru-baru ini D’Ammar telah menerima dan memenuhi tempahan
beberapa buah sekolah di sekitar sebelah sini.

Packing untuk di hantar ke sekolah tempahan sempena hari guru
“Kami memenuhi tempahan dari empat lima sekolah untuk jamuan sempena hari guru”
“Kami tidak kisah dan memilih majlis kecil atau besar. Namun
bagi majlis-majlis besar kami telah menghadkan hanya menerima dua tempahan
untuk satu hari. Ini bagi mempastikan kualiti makanan dan servis yang diberikan
memuaskan hati pelanggan.”
Chef Sham seterusnya memberitahu, baru-baru ini beliau telah
membuka tempahan majlis kenduri perkahwinan untuk bulan Oktober hingga Disember
dan sambutan yang diterima amat mengalakkan.
“Bermula lepas Raya hingga Disember hampir penuh. Jadi kalau
ada sesiapa yang ingin sentuhan D’Ammar Katering boleh menghubungi saya di
talian 013-4100 040 untuk mengisi slot yang masih ada tapi memang tidak banyak”
ujarnya.
![]() |
Packing untuk di hantar ke sekolah tempahan sempena hari guru |
No comments:
Post a Comment